Tuesday, September 6, 2016

SUPLEMEN NUTRISI KOLAGEN DAN KECANTIKAN USIA YANG BERLAINAN

Kulit yang cantik adalah hasil badan yang sihat.


Setuju?? 







Untuk menikmati kesihatan yang baik, anda perlu menjaga keperluan gaya hidup, termasuklah keperluan pemakanan. Adalah tidak terlalu awal atau lambat untuk menjaga kulit anda dengan baik.

Elastin membolehkan kulit anda meregang, dan kolagen berfungsi sebagai simen untuk memberi struktur dan kekuatan kulit)


Rangkaian elastin dan serabut kolagen yang menyokong lapisan luar kulit menjadi kurang padat, menyebabkan kedut dan garisan halus mula kelihatan. Penuaan menyebabkan kulit kehilangan keanjalan, kurang mampu mengekalkan kelembapan, kelenjar minyak kurang efisien dan kulit lambat sembuh.Untuk memiliki kulit yang benar-benar sihat dari dalam, anda mestilah memikirkan apa yang anda makan.


Berusia 20-an dan 30-an







Aloe Berry Nectar 

Kulit yang sihat datangnya dari sistem pencernaan yang sihat. Aloe Vera mengandungi saponins, yang boleh membantu membersihkan usus kecil , sementara serabut larut dan tidak larut air boleh membantu dalam pergerakan usus besar dan melancarkan pembuangan najis. Aloe Berry Nectar boleh membantu dalam mengimbangkan sistem hormon badan dan mengurangkan jangkitan
saluran kencing.



Forever Lite Ultra with Aminotein (Vanilla/Chocolate) 


Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan dan untuk kulit yang sihat juga. Forever Lite Ultra membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membantu dalam penghasilan kolagen, pembaikpulihan dan pertumbuhan sel-sel.


Forever Royal Jelly 

Tekanan dan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan akne. Jeli Raja mengandungi fitohormon yang boleh membantu dalam mengawalatur hormon tubuh, dan kulit anda akan menjadi lebih baik.


Forever Absorbent-C 

Vitamin C adalah sejenis vitamin antioksidan yang kuat yang boleh membantu dalam
mengurangkan kerosakan radikal bebas, akibat pendedahan cahaya matahari atau pencemaran. Radikal bebas boleh menyebabkan struktur kolagen dan elastin lemah seterusnya menyebabkan terjadinya kedut dan gejala-gejala penuaan pramatang. Vitamin C juga boleh membantu dalam mengiatkan penghasilan kolagen.





Berusia 40-an dan selanjutnya 

Selain daripada produk di atas, adalah penting untuk menambah beberapa produk apabila anda mencapai 40 tahun ke atas. (Kami mendapati semakin ramai konsumer menambah dua produk di bawah dalam penjagaan kesihatan mereka ketika mereka berusia 30-an, yang merupakan tabiat yang baik)


Forever Active HA 

Apabila usia kita semakin tua, kebolehan kulit untuk menghasilkan asid hialuronik (HA) berkurangan dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih kering, menipis dan kemunculan garis-garis halus
dan kedut. Forever Active HA boleh membantu kulit mengekalkan kelembapan dan meningkatkan kelembapan sel kulit – dari dalam ke luar - menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin dan anjal.


Forever Arctic-Sea - NO 5

Kulit yang kering, meradang atau sering kali terjadinya bintik hitam atau bintik putih, boleh mendapat manfaat daripada suplemen asid lemak perlu, khasnya omega-3. Asid lemak perlu boleh membantu dalam penyembuhan kulit, mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

No comments:

Post a Comment