Wednesday, September 21, 2016

BEKAS CDM H_O YG HAMPIR MUFLIS BANGKIT DI FOREVER

KISAH INSPIRASI FOREVER - BEKAS CDM H_O YG HAMPIR MUFLIS BANGKIT DI FOREVER

====
.


Kak Ju seorang agen insurans sejak tahun 1999 dan tidak pernah berminat untuk serta mana-mana bisnes MLM. Namun pada tahun 2007, 'terlibat' dengan H__O M__. Pernah beranak anak yang kedua dalam kereta, tidak pernah ada masa untuk keluarga dan berjumpa kawan-kawan.
.
Dalam bisnes H__O M__ pada masa dahulu, sekiranya tidak ada orang membuat pinjaman, maka Kak Ju tidak ada pendapatan. Selepas setahun lebih bisnes tidak ke mana sebabnya kurang ilmu (ada beberapa faktor yang saya akan kongsikan kenapa susah hendak menjana pendapatan lumayan bersama H__O M__ walaupun sudah bergelar Crown Diamond Manager @ CDM ).
.
=====
YOU BAGUS MACAM MANA PUN TAPI...
KALAU DUDUK DI PLATFORM KURANG TEPAT..
YOU MEMANG SUSAH DAPAT WANG!!

=====
.
Pada tahun 2009, Kak Ju memang tidak boleh teruskan dengan bisnes yang sedia ada. Benarlah apa yang Sifu Desmond bagitahu,
.
“You bagus macam mana pun tapi you duduk dekat platform yang kurang tepat, you memang susah dapat wang”. Memang masih terngiang-ngiang lagi sampai hari ini betapa pentingnya kita mesti berada di landasan yang tepat.
.
Selepas tahun 2008 tu hidup memang dah mula teruk sebab hutang semakin banyak gara-gara buat pinjaman untuk bisnes. Ingatkan setelah berjaya jadi CDM boleh relaks tetapi rupa-rupanya perjuangan baru bermula.
.
Cuba anda semua fikir hendak jadi CDM dalam H__O M__ anda perlu buat jualan sebanyak RM2 JUTA. Bisnes baru hendak mula dan pendapatan dari downline terputus apabila downline sama-sama menjadi CDM.
.
Jadi, Kak Ju pun berhenti membuat H__O M__ pada awal tahun 2009. Sepanjang tahun 2009 Kak Ju memang mencari kerja untuk membayar hutang. Semua temuduga yang Kak Ju hadir lulus tetapi tidak dipanggil bekerja.
.
Pada tahun 2010, Kak Ju ditawarkan untuk membuka stokis C___y. Memandangkan dah tidak ada apa lagi yang hendak dibuat, tiba-tiba ada orang tawarkan untuk membuka stokis tanpa modal hanya dengan beli EV set RM5500 pada masa itu.
.
Kak Ju pernah direkomen oleh CEO C___y untuk buka rangkaian tetapi selepas 6 bulan, tidak ada seorang pun yang bersama-sama dengan Kak Ju membuka stokis. Jadi ada perasaan yang tidak puas hati sebab mereka dipaksa membeli EV Set yang bernilai RM5500 tetapi belum tentu dapat membuka kedai.
.
Tahun 2010 Kak Ju berjumpa dengan Forever tapi jual mahal sebab kononnya sudah ada kedai C___y sendiri. Lagipun sudah tidak minat dengan bisnes MLM sebab merasakan hidup menjadi lebih teruk apabila sertai bisnes begini, dari tidak ada hutang semakin bertambah hutang.
.
====
PATUTKAH "SAY NO TO MLM" FOREVER & EVER?
====
.
Jadi Kak Ju kata “NO MORE TO MLM dalam hidup saya. Tidak akan kaya dengan bisnes MLM. Semuanya menipu!” Sehinggalah Kak Ju berjumpa semua dengan Sifu Desmond pada tahun 2012. Pada masa itu, Kak Ju hendak membeli Arctic Sea sahaja sebab minda Kak Ju sudah tutup rapat dan sudah tidak percaya dengan bisnes MLM.
.
Kak Ju berjumpa semula dengan Sifu Desmond dengan suami yang pada masa itu suami baru sahaja berhenti kerja dari membawa lori 10 tayar.
.
Semasa Sifu bentangkan perniagaan Forever, Kak Ju memang tidak mahu dengar. Hanya suami sahaja yang memberi perhatian. Dia pun kata plan Forever mudah dan produknya bagus.
.
Kak Ju pun marah kepada suami kerana Kak Ju sudah serik. Ketika itu Kak Ju baru serta semula insurans sebab telah diberhentikan apda tahun 2010. Semasa suami beritahu yang beliau hendak membuat Forever, Kak Ju menangis sebab Kak Ju tahu beliau bukan jenis orang yang boleh menjual tetapi ada hati hendak membuat Forever.
.
Tapi ini yang suami Kak Ju katakan, “Dulu buat jualan berjuta-juta ringgit dan hanya dapat dalam RM7 ribu sebulan, tetapi ini hanya RM30 ribu sebulan dalam jualan berkelompok boleh dapat RM5 ribu sebulan. Kerja bawa lori tidak boleh balik 1 minggu hanya boleh bawa balik RM2 ribu bersih.”
.
====
FOREVER BISNES PALING CANTIK DI DUNIA!
====
.
Jadi dalam hal ini, Kak Ju berterima kasih kepada suami tersayang. Sehingga kini Kak Ju sudah berjaya kumpul sebanyak RM1.5 juta dengan Forever Living dalam masa 2 tahun tetapi sebahagian besarnya Kak Ju gunakan untuk membayar segala hutang-piutang Kak Ju..
.
=====
 #kesat_airmata #Taknak Pandang Belakang dah wei..

No comments:

Post a Comment